Peperangan Kedua Lord_Voldemort

Pada mulanya, Menteri Sihir British tidak mempercayai akan kebangkitan semula Voldemort. Cornelius Fudge memulakan proses menentang Harry yang menjadi saksi kembalinya Voldemort dan Albus Dumbledore. Dumbledore telah dituduh nyanyuk dan dilucutkan daripada jawatan tertentu. Harry pula dilabelkan sebagai penipu dan tidak siuman. Lucius Malfoy, yang telah kembali berkhidmat untuk Voldemort, mula menagih perhatian kementerian dan menggalakkan Fudge mempercayai bahawa Dumbledore ialah ancaman sebenar kementerian.

Bertentangan dengan Voldemort, Dumbledore mengumpul semula ahli Kumpulan Phoenix, dan ditempatkan di rumah keluarga Sirius Black di Number 12, Grimmauld Place, London. Dia juga cuba untuk memujuk gergasi dan makhluk bukan manusia untuk tidak menyebelahi Voldemort.

Pada masa yang sama, Voldemort menunggu dan merancang dengan teliti. Hanya sebilangan ahli sihir – Death Eater dan ahli Kumpulan Phoenix – yag mengetahui dia telah kembali. Dia berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada gergasi, Dementor dan serigala jadian.

Selepas perancangan rapi untuk membebaskan Death Ester dari Azkaban beramai-ramai, Voldemort nekad untuk membunuh Harry dan mengambil rekod ramalan Trelawney tentang mereka berdua yang berada di Jabatan Misteri. Rancangannya gagal. Satu-satunya salinan ramalan itu telah musnah. Semua Death Eater yang dihantar untuk mengambil ramalan itu jatuh ke tangan Kumpulan Phoenix kecuali seorang selepas melarikan diri dari bangunan kementerian.

Walau bagaimanapun, dalam kekecohan pertarungan mereka, Sirius Black telah terkena sihir sepupunya Bellatrix Lestrange, jatuh ke dalam laluan misteri dan hilang. Harry yang marah dengan perkara itu mengejar Lestrange dan berlawan tetapi Lestrange diselamatkan oleh kemunculan Voldemort. Harry pula terselamat ketika tibanya Professor Dumbledore.

Kemuddian berlakunya pertarungan di antara Dumbledore dan Voldemort sehingga Voldemort menghilangkan diri dan membawa Lestrange bersamanya. Dia tela dilihat oleh Menteri Sihir yang akhirnya menerima kenyataan yang Voldemort telah kembali. Hal ini telah membawa kepada ketakutan masyarakat sihir setelah kembalinya Voldemort.

Kemudiannya, Voldemort merancang untuk menyerang musuh utama yang paling ditakutinya, Dumbledore. Hal ini diberi pendekatan melalui Draco Malfoy, pelajar Hogwarts dan anak kepada Death Eater Lucius Malfoy (yang telah ditangkap dan dihantar ke Azkaban akibat pertarungan mereka di Kementerian Sihir) dan Narcissa Malfoy. Draco berjaya menguruskan pintu masuk ke Hogwarts secara sembunyi bagi Death Eater menyerang Hogwarts. Ketika Dumbledore bersama Harry ketika dalam misi mencari Horcrux Voldemort untuk dimusnahkan, Death Eater menyerang Hogwarts. Kembalinya Dumbledore dan Harry, mereka ingin bersama menentang tetapi Dumbledore telah lemah akibat meminum posyen yang melindungi Horcrux. Dumbledore menmui ajal apabila dibunuh oleh Profesor Snape sendiri. Snape bertindak untuk melengkapkan misi Voldemort dan pada masa yang sama menuruti sumpahnya kepada ibu Draco.

Dengan matinya musuh yang paling ditakuti, peluang semakin besar untuk memihak Voldemort.